BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.........

..

..

Tuesday, January 25, 2011

AWAK MILIK ALLAH BUKAN MILIK SAYA,...

salam...
hai lame asenye x update blog nie.......munkin sbb hati nie x bpe nak tnang ,,
jd xde ape nak di cetus atau di coret kan kat sini......ape2 pn ari ni aku cuba nk mlangkah dgn kesabaran...
sambil menadah tgan agar allah beri aku kekuatan.....cuba tersenyum walaupun hati x seindah senyuman..
sebenar nye dalam mggu nie aku betul2 rase tertekan...aku cuba diam kan diri..kurang kan gelak tawa...untuk mencari ape 2 ketenangan.....supaya dapat aku lpas kan die dgn keikhlasan....... :(  walau pun hati x rela tp aku xnak die terhimpit dgn prasaan aku pdanya...hubungan selama 6 taun benar2 memberi impak dalam aty aku...
.aku xnk penting kan dri aku dgn hnya mengutamakn dan memntingkan prasaan aku,..shingga die xde hak atau ruang untuk prasaan die pada owg lain...kdang2 kita trpksa lpas kan ape yg kita nak,,,untuk die appy n bhgia....mase aku sowg2 kat dalam bilik...cubaku hayati bait2 lirik lagu arwah ustaz asri yg berjudul mana milik kita..akhirnya tanpa ku sedari air mata aku berlinangan dan mengalir....dan memberi sdikit runag pada fkran ku yg sempit ni utuk bernafas.. akhirnya aku sedar setiap benda, perkara atau ape saje di dunia sumee nye bukan milik aku...tp milik Allah dan xde satu pun milik aku dan pasti nya xkan aku miliki tanpa izin allah......
jd aku cuba untuk lpas kan die dgn keikhlasan aty aku,......dan ape yg aku dapat and benda yg terjadi kat aku ari nie...sume allah yang sediakan kan nya....tp aku beryukur sgt....Allah pernah datang kan aku seorang yg sentiasa mengingat kan aku tentang siapa pencipta diri ini...sentiasa berpesan2 kearah kebaikan........tp ari nie...setelah aku dengar hgga ke penghujung lagu nie.....fkran aku yg mula2 ksut kni tnang..da aku cuba untuk ikhls kan aty nie utk lpas kn die...
"jd awk.......awk pergi lah kjar cinta yang awk nak...jgn berpaling balik ke arah sy...law ade jodoh antara kita jumpa lagi ea....sy sonok sgt pnah knal awk...tp awk yg skunk x same dgn yg dulu...berbeza sgt....jage dri elok2....kita allah punya..milik ape saje yg awk nak,,,tp igt 2 sume milik allah....jd x mustahil allah leh tarik sume nye atas khendak die..cam ane die pndah kan prasaan awk kat sy kpada owg lain..tp awk kita jgn salu sombong....sbb sume yg ada kat kita allah yg punya...satu pun xde milik kita...cam ane sy aggap awk da jd milik sy....tp sbnar nye x...salgi sy x dapat izin allah utk miliki awk....awk walau hati nie brat sgt nak lpas kan awk...tp sy cuba...sy xnk awk rase bersalah ag...xnk awk terhimpit ngn prasaan sy nie...jd awk bwa dri awk elok2 ea..."senyman 2 lukisan rahsia aty..sy doa kan yg terbaik untuk awk....
sy da cuba usha kan utk miliki awak...tp sy lupe diri awk 2 allah yang punya..sy bangga dgn prasaan cnta sy tp sy x sdar prasaan nie allah yang punya....malu sgt kat Allah sbb sume yg ade kat diri sy sume allah punya...jd sy bersyukur kat Allah...die pnh dtg kan sowg yg istmwa dlm idup sy dan s\mgajar  sy supaya x salah gunakan sume allah punya....

Thursday, January 13, 2011

itik dan kura2...

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.
- Artikel iluvislam.com

belajar ilmu ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
- Artikel iluvislam.com

Monday, January 10, 2011

REm@J@ PEmiMpIN NeGArA D@N Ag@mA

tersentuh jiwa ku ini bila mendengar cita2 dan impian tha'labah, seorang remaja di zaman rasullullah yang mengimpikan keampunan allah setelah melakukan dosa yang tidak disengajakan dan masuk ke syurga adalah cita2 nya. itulah kesan tarbiyah baginda saw kepada umat zaman itu dan dapat melahirkan remaja yang kuat pegangan nya dan kukuh iman nya.

 wahai remaja semuanya mari kita lihat bagaimana situasi rakan2 sebaya atau diri kita sendiri pada saat ini.hari ini kita sibuk  membina ilmu pengetahuan untuk megejar cita2 dunia. hari ini kita sibuk menggali segala keenakan dan keseronokan dunia. dan hari ini kita sibuk membina fizikal dan mental tp kta lupa dgn sahsiah jiwa. ayuh remaja,sekrang ini kita lihat ke dalam diri kita..intai ke dalam jiwa ...apakah yang menjadi pasak atau tunggak utama untuk diri kita ??dari mana pasak yang kita ambil untuk kita berpaut dalam masa yg lama?? adakah dr media massa....budaya2 barat ,atau pengaruh rakan2 sebaya.

 wahai remaja lihat hari ini bagaimana pakaian kita?sempurnakah terlindungnya aurat2 kita.wahai ramaja bagaimana akhlak dan pergaulan kita?adakah masih berpaksi di atas landasan yg dibawa oleh muhammad rasullullah??dr mana sebenarnya pasak yang kita ambil dan menanam nya kedlam hati kta?? 
anak muda yang seiring dalam perjalanan ku, sudah kah kita pilih pasak yang benar dan kuat untuk ditanam dalam hati masing2. atau pun kita masih lagi lalai dan masih lg memilih pasak yang rapuh dan tidak mmpu bertahan lama untuk dipaut. cuba kita fikirkan ape yang akan menjadi pegangan kepada kita supaya kita tidak hanyut dengan arus dunia. namun waktu dan saat ini, kita masih lagi leka dengan tipu daya dunia..masih lagi bangga dengan diri kita hinnga kita lupa pada pencipta yang mencipta diri ini dari air mani yang hina.

 wahai remaja yang akan memimpin dunia..adkah kita lupa siapa yang mengurniakan mlam......siapa yaang mencipta siang.....memberi udara untuk terus dihela tnpa meminta apa2.... renungkan lah dengan nama allah.dari ape yang kita pelajari hari ini. siapa yang menjadi idola kepada diri?? adakah cinnta allah diutamankan lebih dr cinta manusiawi.??adakah kita kenal siapa kekasihNya?? dengar lah remaja harapan bangsa jua negara. diri ini ibarat sebuah kapal yang telah sempurna binaan nya. adkaah hendak di biar nafsu menjadi nakhoda dan terus hanyut di dlam laut kehidupan. atau dipilih iman untuk memandu dengan berhikmah meniti satu persatu halangan dunia.

 wahai anak muda, bersediakah engkau untuk menjadi penyebab kepada kegagalan kedua ibu dan ayah mu melangkah msuk ke syurga. wahai penegak agama adakah engkau berseida utuk mendengar jeritan siksaan ke dua orang tua mu di atas semua kealpaan dan ke jahilan mu. ayuh renung kan...kemana kaki ini melangkah diwaktu gembira..bagaiman mulut berbicara diwaktu dewasa. apa yang kau lihat sepanjang hayat mu melangkah usia. ayuh renungkan ...ape selama ini yg kita belajar. adakah kita lupa siapa yang mencipta dari segumpal darah? adakah kita tlupa tentang siapa yang mengajar cara2 melawan arus khidupan.??

 buka sbentar fikiran kita, sejauh mana lagi bumi mampu bertahan dengan gelagat kita muda mudi ini. berapa banyak kenikmatan yang kita hendak kecapi...........jgn kita lupa wahai shabat seiring ku....bumi makin tua..kiamat makin tiba.....namun adakah nikmat dunia masih hendak dikejar..kita lihat hari ini mudi2 tidak kisah tubuh ditatap dan diratah oleh anak muda yng cinta kan nikmat semata2...di mana kita letakkan akal dan iman kita??kenapa nafsu menjadi raja dijiwa. iman bukan sumber rujukan pertama...bangkit lah kegemilangan remaja seprti mana remaja dizaman baginda saw......mempunyai satu pasak yang ditanam supaya tidak hanyut ditarik arus dunia. wallahhualam.....

Sunday, January 9, 2011

jadikan dia milikku.....

kadang kala terfikir diri ini benar jahil...mengejar sesuatu yang x pasti...tp hati trus yakin menyatakan dia milikku....terimbau kembali semua kenangan manis dulu..aku punye kekuatan untuk tersenyum....sume janji2...kata2 dan segalanya yg dtg dr nya bermain difikran ku....bg aku dia adlah anugerah yang allah beri pdaku...dia mgubah segala hdupku....terpancar satu persatu kenangan manis antara aku dan dia didalam setiap langkah ketika aku hendak menuju ke kelas. fikiran ku melayang  ke saat pertemuan pertama aku dan dirinya...bagai kan baru semalam berlaku perkara itu...masih hangat dan segar difikiran ku. sapaan darinya membuat kaan akku tersedar dr berlamun memandang keindahan wajahnya..senyuman nya benar2 meenarik perhatian aku...hgga membuat kan aku tdak sedar diriku diketwakan olehnya dan rakan baik ku...aku bgun dan menepuk kotoran di seluar...setellah aku jatuh di hadapan sidia stelah ditolak oleh kwan ku..satu perkara yg betul2 memalukan bg diriku...tetapi perkara itu benar2 indah dlm hidup ku...x mungkin dapat aku lupakan ...andailah dapat ku undurkan masa ..pasti xkan ku sia2 kan segalanya.....aku trus bgun dan beredar dr situ tanpa sebarang kata kluar dr mulut ku....tiada senyuman dapat ku ukir...muka ku trasa panas...jantung ku berdegup dgn laju..aku mlangkah dgn cepat......tergambar kembali snyuman nya.....ku menoleh kebelakang sketika.....aku trasa driku tdak berada di dunia yang nyata...satu persaaan yang benr2 pelik yg xpernah kulalui.....ingin benar mengetahui siapa gadis ayu itu...lirikan matanya ...ukiran senyumnya benar meruntun hati ku....ade satu perasaan yang melonjak2 dalam hati ku..hati berkata "siapa gadis itu ,ingin benar mengenalinya"...lantas ku bertanya pada kawan ku..."wan siapa perempuan tu"...lalu wan menjwab soalan ku sambil tersenyum"die lah dak baru kat sek kta....die bru je pndah dr sek lame die, cantikkan?hehe..."hati aku mkin mlonjak untuk mngenal die dgn lebih rapat....ak hnya mengangguk kan kpale sbgai tnda respon kpd jawapn wan td...lalu aku pun pulang kerumah bersama kawan2 ku...spanjang perjalanan aku diam dan tdak berkata2...ape yg bermain dfkran ku hnya peristwa td...antra ak dan die...snyuman nya xpadam2 dlm fkran ku..aku menjadi hairan.tidak pernah aku merasa kekok sebigini bila berhadapan dengan mana2 perempuan.tiba2 suara arif mengejutkan aku dari lamunan. "oi ijam!nape ko senyap je dr td??macam ade masalah je."aku menjawab tanpa memandang arif "ish mane ade.ko ni pandai je la arif.aku ok la cuma ak pnta sikit je."tiba2 wan mencelah perbualan antara aku dan arif. "ijam tu tgh angau kat budak baru kat sekolah kta 2"lantas arif dan wan gelak bagi memecah suasana suram aku.wan dan arif adalah kawan baik aku di sekolah.kami ber3 tinggal di dalam satu taman yang sama.rindu benar rasa nya suasana di sekolah dulu.gelak tawa dan gelagat mereka membuat kan aku tersenyum sendirian. jam 8.30 bermula nya kuliah bersama encik hizami bagi subjek sejarah malaysia.aku melihat jam ditangan, jarum menunjukkan pukul 8.15 minit pg.rasnya aku belum terlambat dan kuliah pun belum bermula. setibanya aku didewan kuliah, hampir semua kerusi dipenuhi oleh siswa dan siswi. suasana bising di dalam dewan kuliah memecah keheningan pagi bg mengisi waktu kosong sblum sampai nya pensyarah. sedangkan aku masih mencari-cari kerusi kosong untuk aku duduki. tiba2 terdengar suara seseorang menjerit-jerit memanggil namaku yang datang dari arah kiri ku. lalu ku menoleh dan memandang kearah laungan suara itu.aku melihat harith sedang melambai-lambai kan tangan nya dan memberi isyarat di sebelah nya mempunyai satu kerusi kosong. lantas aku berjalan menuju ke arah nya dan menapak anak tangga satu persatu lalu duduk di kerusi kosong itu.harith adalah kawan baik ku di kampus.dia seorang yang mudah di dampingi dan senang di ajak berbincang. " lambat kau datang pagi ini ijam?biasanya kau sampai dulu sebelum aku." harith bertanya sambil membelek-belek failnya yang sentiasa dibawa kehulu kehilir. aku diam tanpa sebarang kata.harith mngeluar kan sehelai kertas daripada fail nya dan mnyerahkan nya kepada ku. "ni borang untuk program yang telah disusun oleh pihak kolej.kita di minta untuk menjaya kan program ini. puan eza telah pilih ko dan aku untuk mengisi kekosongan urusetia dalam program tu nanti.kalau x salah aku program 2 akan diadakan di sekolah menengah raja muda musa."harith menerangkan segalanya tanpa disoal.aku terdiam seketika.sekolah menengah raja muda musa bermain difikiran ku.membuatkan hati berat hendak ke sekolah lama ku itu. berbagai kenangan yang dah tertanam di sana. tak ingin aku ingat semuanya kembali.

Thursday, January 6, 2011

surat dari anak mak yang dah x nakal

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Cinta Halal dan Hikmah Istikharah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"***
"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah
Itulah dia Cinta.."
"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"***
Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg sentiasa tidak tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.
Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada yg bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja, terutama golongan remaja.
Pelbagai ragam disaksikan oleh seluruh dunia, akibat penangan cinta yg diibaratkan api menyala-nyala, yg mana lagi disimbah, lagi marak ia menyala.  Sehubungan itu, utk memadamkannya terus pasti sesuatu yg mustahil utk dilakukan.
Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA tidak akan menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan kepada fitrah ini.
Sebagaimana diketahui, nyalaan api memang membahayakan jika dibiarkan, namun jika dikawal dan diekploitasi dgn baik, berbahaya akan bertukar menjadi bermanfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan badan, atau untuk dijadikan tempat memanggang.
Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya adalah sunnah Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan.  Kerana hanya kahwin dapat membendung fitrah ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.
Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk mendapatkan cinta yg halal itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar tidak terpesong dek desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam memperindahkan maksiat kpd Al-Khaliq SWT.
Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam mendapat keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah:
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."
Walaupun ayat ini, diturunkan bagi penerangan cara melamar dan mengahwini wanita yg masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta halal yg diredhaiNYA sentiasa.
Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:
(1) Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik
(2) Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.
(3) Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.
Dinasihatkan dalam sebuah athar :
ما خاب من استخار ولا ندم من استشار
Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)
Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka InsyaAllah di sana akan ada petunjuk terbaik.
Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana "Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."
Tentang jawapan atau petunjuk Istikharah, tidak menjadi kemestian melalui mimpi atau sebarang petunjuk tertentu, dan kadang-kadang/kebanyakan petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling tepat kerana kita bukanlah seseorg yg bersih hatinya, dan kemungkinan mimpi kita telah diganggu oleh Syaitan untuk memayahkan kita dengan jawapan itu.
Justeru, apa yang dianjurkan adalah istikharah diteruskan sehingga ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan, dan jawapan sebenar kepada istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dengan si dia, tanpa ada sebarang halangan di tengah-tengah jalan.
Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yg bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.
(1) Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.  Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA.  Hikmahnya adalah TIADA RUGI..
(2) Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.
(3) Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.
Wallahu'alam..
Kesalahan yg biasa dilakukan oleh dua pasangan dalam istikharah, di sini ditegur dan disyorkan penyelesaian seikhlasnya utk kedua-dua, sama ada lelaki atau perempuan:
(1) Sekiranya hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan (dan dia merasakan ini jawapan) pada hati kepada salah seorg, maka dinasihatkan memberitahu kpd pasangan dengan sebaik mungkin, dan diberhentikan..dalam masa yg sama istikharah diteruskan.
(2) Jika didapati jawapan adalah positif, maka digalakkan disegerakan perkahwinan berserta diteruskan lagi istikharah, agar tiada masalah di sepanjang pelaksanaan.
(3) Jika belum mendapat apa-apa kepastian jawapan, maka digalakkan meneruskan istikharah dengan lebih istiqamah.
Adalah menjadi kesalahan dan satu kesilapan besar apabila masing-masing membuat istikharah dan mendapat jawapan, tetapi menyatakan "Saya sudah melaksanakan istikharah, dan jawapannya tidak boleh diberitahu (dirahsiakan), cukuplah saya dan Allah sahaja yg mengetahuinya".
Kenapa kenyataan ini salah, walaupun seolah-olah jika kita perhatikan mempunyai unsur-unsur pergantungan yg tinggi kepada Allah?
Betul! pergantungan kepadaNYA begitu tinggi (hablun minallah memang hebat), tetapi ke mana pergi hablun minan nas. Tidakkah dengan jawapan "gantung tidak bertali" ini akan menyebabkan pihak yg sedang menunggu jawapan, tertunggu-tunggu.  Dan ternanti-nanti, malah menyebabkan fikiran pihak itu terganggu dalam segala urusan, hati pihak itu juga tidak akan tenang.
Alangkah baiknya, jika berterus terang.
قل الحق ولو كان مرا
(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah ini memadai utk menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan jujur, banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.
Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS TERANG dan JUJUR..
Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang mengalami masalah ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta ini.  Tiada cinta yg sebenarnya kecuali hanya selepas dihalalkan dengan ikatan pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan mental dan fikizal amat penting.
Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, bukan sekadar mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.
Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan.
Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal, kerana dibimbangi KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita berkahwin kelak.  Memang alunannya mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah kahwin, alunan ini akan bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan telinga.
Kerana percayalah, modus operandi Iblis dan konco-konconya hanyalah mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan serta memburukkan ibadah.
Akhirnya, nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIKHARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan "nama si dia" tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA "jodoh terbaik untukku"..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan keredhaannya semata-mata.
Satu analogi utk seseorg yg bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut.  Seterusnya, nakhoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua.  Yang pasti setiap bahtera berlainan nakhoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini.."
"jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum tetap pendirian serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg menanti dgn 1001 warna kehidupan.."
Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA itulah kunci segala-galanya..

اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..
Cinta Halal dan Hikmah Istikharah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, January 3, 2011

nukilan 2011

malam ini aku menghitung jari..dan terpanggil untuk menulis sesuatu di blog ini..sdar xsdar...dah masuk hari yg ke4 2010 meninggalkan aku....teringat kata2 imam Al Ghazali....perkara pling jauh dalam hidup kta adalah mase lalu...namun aku tdak ape lg pesannye..perkara yg mkin hari mkin hmpir dgn aku adalah mati.....terasa bagai semlam aku mninggal 2010...dn melangkah ke alam 2011 ....sblum aku hnyut dgn dunia aty aku terusik dgn ajal yg makin hampir...terknang dosa2 yang lalu yg ku lakukan..dan aku mengharap hdyah dan ptunjuk dr Allah supya aku tdak mgulang lagi ape yg pnah aku lakukan.....aku harap penglaman dan ape yg aku lalui di 2010 akan menjadi semangat dan pendorong untuk aku mlangkah dengan tabaah bersama 2011..sgala pahit, manis, sdey dan gmbira aku di 2010 akan menjadi guru untuk diri aku di tahun 2011..sbb pengalaman adalah guru yg pling baik dalam hdup......mudah2an sume itu menjadi panduan untuk aku lbih sdia untuk mghadapi sesuatu,....moga2 tiada lagi luka dihati.....aku tdak mmpunyai azam baru pd tiap2 tahun baru...sbb azam ak dari dulu....aku hndak jadi anak yng soleh...k2 aku nak jd sowg yg mhir dalam bidang agama..ke3 aku nak kejar cita2 aku iaitu menjadi seorng motivator...dan akhir skali aku nak memiliki cnta idaman aku berlandaskan cinta TUHAN aku......bukan bermakna aku tidak ade azam baru menandakan aku seorang yg tidak ade wawasan atau impian......salah satu sbb nye aku tidak inginkan impian aku yg dari kecil aku ingin kan akan ilang tiap kali timbul nye tahun baru,....aku x ingin kan bla muncul 2011 aku akn lupekan azam aku pda tahun 2010...aku harap azam aku trus berterusan hgga sume nye tercapai..


namun begitu aku tdak lupe...aku xkan biarkan hdup aku brada di takuk yg lame...aku akan cuba bwa perubahan dalam hdup tiap kali tahun baru menjelma....namun aku bersyukur muncul nye 2011 allah telah kurniakan aku 3 shabat yang benar2 pham dan serupa khendak nya seperti aku...pemikiran kami serupa...aku harap ukhwah ni akan terjalin sampy bla2.......ijam : aku akan hargai pengorbanan ko smpy bla2....x jemu lyan krenah kaami ber3.....kreta mu sungguh berjasa...meluncur keemane shaja khendak jiwa.....huhu...ko la mmber terbaik broo....meringankan bebn hdup ckit dikampus nie......acik : ko la kawan pling gla...satu kpalee ngan aku..seorang penglipur lara dan pengubat duka....passti satu ary nnty bla da berchaya mata....ko la yg akn sring aku cite kat anak2 aku...huuhu..jauh berangan....pape pn glak tawa mu xkan pnah aku lupe...wat hizami lak : tempat untuk aku bercerita....sbb otak ko pnuh ngn idea dan kata2 semangat dan nasihat untuk memupuk jiwa....bla ade mslah...pasti ko yg ptame taw sumenye..pape pn nshat n kta2 ko msti mlekat dijiwa nie...mudah2an....n aku harap aku juga menjadi salah satu faktor kepada senyum dan gelak tawa kalian..walaupun aku taw diri nie serba kekurangan....mgkin juga aku x taw dalam diam aku mlukakn aty2 kalian....ape2 aku doakan moga pershabatan kta nie mkin akrab dan trus dan trus berpanjangan.
rakan seperjuangan
..
wat rakan seperjuangan...x kira dp1 or dp2......aku harap ukhwah antara trus kuat...harap tiada anasir2 yg mnyebab kan pergolakan kumpulan ini....kita dalam satu jabatan usaha naik kaan jabatan kta same2....aku harap kalian sume dapt membantu ape yg lmah pada ku...moga kta sume saling tolong menolong.....khas wat DP1 2011...same2 la kte berjuang di dalm medan jihad nie,....medan ilmu....

n yang terakhir....wat dia yng istimewa...jadikan sume penderitaan 2 sbgai landasan atau jalan untuk mlangkah ke arah kejayaan...aku salu doakan yg terbaik baik untuk mu,.,.,,jadi kan solat dan sabar sebagai pembantu..doa sebagai senjata dan iman sebagai perisai untuk menempuh segala rintangan,,,,,...wassalam..

Sunday, January 2, 2011

JANGAN BOHONG GUNA NAMA RASULLULLAH

BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar.
Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
Hadis palsu adalah hadis yang direka atau diadakan-adakan, sedangkan ia tidak berasal daripada Rasulullah SAW. Banyak hadis rekaan ini dibaca oleh para penceramah yang jahil. Sehingga saya selalu menegur seorang ‘ustazah tv’ yang sering membaca hadis-hadis jenis ini untuk hidangan penonton.
Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu. Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan. Mereka lupa penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi SAW, sedang ia bukan seperti yang disangkakan.
Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) dalam kitab sahihnya meletakkan satu pasal yang beliau namakan:
Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) SAW, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya (Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, 1/210).
Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.
Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya - disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang).
Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”.
Ketika ditanya Ibn Hajar al-Haithami mengenai seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawabnya: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Adapun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis, maka tidak halal (berbuat demikian).
Sesiapa yang melakukannya dita‘zirkan dengan keras. Inilah keadaan kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis, lalu mereka hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadis-hadis tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya. Maka wajib ke atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib dari berbuat demikian”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322).
Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW amat dilarang sekalipun dengan niat yang baik? Ada beberapa sebab yang dapat saya simpulkan. Antaranya, jika pendustaan menggunakan nama orang biasa diharamkan, apatah lagi menggunakan nama seorang rasul. Pendusta hadis palsu menyamakan rekaannya dengan wahyu, atau nilai kerasulan yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW. Pendustaan jenis ini juga menghilang kehebatan dan keaslian agama. Agama yang hilang keasliannya, tiada nilainya lagi. Ia menyebabkan Islam yang bersumberkan wahyu sama seperti agama rekaan yang bersumberkan pemikiran dan khayalan manusia.
Ditambah lagi, pendustaan ini bererti penipuan terhadap pencinta Islam yang mungkin tertipu lalu mempercayai pendustaan itu. Mereka akan mengamalkan pendustaan itu dengan keyakinan ia tuntutan agama, padahal ia kepalsuan. Sedangkan mereka inginkan keaslian. Bahkan, pendustaan itu bererti pengkhianatan terhadap syariat yang diturunkan.
Jika pendustaan itu mempunyai unsur-unsur jahat, maka ia jenayah yang menyebabkan manusia hilang keyakinan terhadap agama. Atau menyebabkan manusia mengamalkan agama dalam bentuk yang salah. Jika pendustaan itu menokok tambah unsur-unsur yang dianggap baik, pendustaan seakan menganggap agama yang diturunkan Allah belum lengkap, justeru memerlukan nas-nas tambahan dan rekaan.
Dalam sejarah, bukan sedikit kesan buruk hadis palsu yang dipalitkan kepada Islam yang suci ini. Contohnya, hadis rekaan: “Ayam jantan putih adalah kawanku, ia juga kawan kepada kawan ku. Musuh ayam jantan putih adalah musuhku dan musuh kepada musuhku”.
Hadis palsu ini kelihatan sangat lekeh dan menghina Rasulullah. Tidak mungkin keluar dari mulut seorang nabi perkara yang sebegini. Mungkin ia direka oleh penggemar ayam jantan putih. Sebenarnya, semua hadis yang berkaitan dengan kelebihan ayam jantan putih adalah tidak benar sama sekali. (lihat: al-Jarahi, Kasyf al-Khafa, 2/422). Malangnya, dalam masyarakat kita ada kesan hadis palsu ini. Sesetengah kepercayaan dan bomoh mempercayai kelebihan ayam jantan putih untuk dibuat ubat dan seumpamanya.
Demikian juga pemalsuan hadis telah menjadikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah seakan bertentangan antara satu sama lain. Padahal yang bertentangan itu hadis yang palsu. Contohnya, hadis palsu “anak zina tidak akan masuk syurga”. Dahulu, ramai yang menganggap keji dan tiada peluang untuk kebaikan. Akibat daripada hadis-hadis palsu seperti yang dibaca oleh sesetengah pihak. Sehingga ada yang menyebut hadis palsu lain: Anak zina tujuh keturunan tidak akan masuk syurga.
Sedangkan Allah menyebut dalam Surah al-Isra ayat 15 yang bermaksud:
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk yang didapatinya itu hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
Jelas, mana mungkin anak zina dihukum disebabkan perbuatan kedua ibu bapanya?! Ini mencemarkan penegasan al-Quran tentang keadilan Allah yang tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang lain. Juga ia menyebabkan si anak zina kecewa dengan Nabi SAW.
Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.
Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan.
Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya)
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h:
Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak!
Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka.
Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas” (Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).
Contoh lain kepalsuan yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam; hadis-hadis yang menyatakan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip Islam bahawa syurga dan neraka dinilai melalui amalan soleh. Ahli syurga adalah golongan yang beriman dan soleh. Sementara dimasukkan ke dalam neraka ahli maksiat walau apa nama dan panggilannya.
Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
“Ini bercanggahan dengan apa yang diketahui dari agama Nabi SAW iaitu; bahawa neraka tidak dapat dielakkan darinya dengan nama dan gelaran. Sebaliknya, yang menyelamatkan dari neraka ialah iman dan amalan soleh”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al- Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 57).
Namun, ada mempercayai bahawa nama yang baik sahaja boleh masuk syurga. Saya pernah mendengar penceramah agama yang menyatakan siapa nama ‘Ghazali’ mudah masuk syurga sebab sama dengan nama ulama. Inilah satu daripada salah faham terhadap agama.
Hari palsu juga mewujudkan khurafat yang pelbagai. Dulu ada orang Melayu yang menganggap Hari Rabu akhir bulan adalah hari mudah ditimpa nahas. Ini semua disebabkan hadis palsu yang menyebut hari Rabu terakhir bagi setiap bulan adalah hari nahas yang berterusan. Ini adalah hadis palsu. (Lihat: al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at, 4/88.)
Menjadikan sesiapa yang percayanya ketakutan tanpa sebab dan memandulkan urusan kehidupan. Bahkan isi kepalsuan ini menyanggahi realiti yang kita saksikan. Betapa banyak hari Rabu akhir bulan datang dan pergi sedangkan kedatangan musibah tidak pernah memilih hari. Ia adalah ketentuan Allah SWT semata. Malang sekali apabila ada penceramah motivasi yang membaca hadis ini sebagai tips-tips penting dalam mengatur hidup, kononnya elakkan hari Rabu terakhir dalam bulan Islam bimbang nanti ditimpa nahas.
Hadis-hadis palsu telah merosakkan imej Islam. Namun ramai yang belajar agama tidak mempelajari ilmu hadis atau merujuk kepada ulama hadis telah tersasul dengan membaca hadis-hadis palsu ini. Sehingga dalam laman web pihak yang berlogokan kemajuan Islam pun dimasukkan hadis palsu. Agama menjadi keliru disebabkan hadis-hadis yang seperti ini.
Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda:
Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim).
http://drmaza.com/home/?p=477

Saturday, January 1, 2011

selamat tahun baru 'musim mengawan tiba'

Serba-salah. Jika ustaz dan ulama melarang menyambut tahun baharu dikatakan jumud, ekstrim. Bila dikatakan kalau nak sambut tak payahlah konsert haram, cukup dengan solat hajat atau baca Yaasin dikatakan Nabi tidak buat. Kalau dikatakan, sambutlah kerana ia adalah sebagai satu semangat kenegaraan, maka akhirnya apabila bayi dibuang, masalah remaja kronik, yang menerima penangan ialah ulama lalu dikatakan: ‘Apa yang ulama buat?’ Namun, seperti sudah satu budaya saban tahun, sambutan tahun baharu mesti diadakan. Kalau tak dibuat, ‘berdosa’ kepada negara agaknya. Benar, Nabi SAW memang tak pernah buat dan tak pernah menganjurkan demikian. Budaya yang kita warisi ini entah dari mana datangnya.
Apabila Tsunami merempuh Acheh 6 tahun lepas, kita insaf sekejap. Kita tiadakan sambutan awal tahun kerana meraikan derita penduduk Acheh. Boleh pulak tak sambut tahun baharu? Ertinya tahun tak buat sambutan tahun baharu itu ‘berdosa’ lah kita ya? Bila Tsunami tiada, insaf kita hilang. Ertinya nak kena Tsunami dahulu baharu insaf?
Jangan begitu. Keadaan aman tenteram, damai yang dikurniakan Allah janganlah menjadi istidraj untuk berpesta dan bersambutan tak tentu kalu (kata orang Terengganu). Yang padahnya selepas membuat kiraan ‘countdown’ 10, 9, 8, 7,… tepat jam 12 malam, sepuluh bulan lagi kita akan mengira 1, 2, 3…100 orang bayi baharu lahir dan dibuang. Apa yang untung, apa yang rugi? Selagi tidak kembali kepada fitrah dan Islam yang memandu, dengan negara diterajui pula oleh para fusaqa’, maka Tsunami akhlak tetap melanda. Akhirnya, apa alternatif untuk sambutan tahun baharu ini?

 http://www.facebook.com/note.php?note_id=160174687361737&id=100000142756960

“Kau Yang Selalu Ada” =)

Ku renung bintang di langit
Terus bersinar
Berkelip bagai degup jantungku
Masih ada
Ku ukir namamu kasih
Di lubuk hatiku
Kerna cintaku ini
Untukmu selamanya
Nafas yang tercipta
Ataupun terbuka
Kasihmu ku ada
Mengenal erti cinta
Ku tulis coretan ini
Dalam kerinduan
Buat dirimu yang selalu ada
Di ingatan


Diriku ada untuk seketika
Cinta ini tak kan pernah
Ada yang lain
Dirimu ada untuk selamanya
Ku akui di hatiku
Kau yang selalu ada
oh..oh..oh..
…Ku renung bintang di langit
Terus bersinar…
Kau yang selalu ada…
http://www.aiman.my/2010/01/terbaru/

doa..