BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.........

..

..

Thursday, April 7, 2011

renungan hidup.....

kita hendaklah sentiasa digsambarkan bersemangat waja,
berani menongkah arus,
tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan
dan pada masa yang sama berusaha sedaya upaya
untuk terus kekal istiqamah di landasan syarak

inilah dunia...setiap sesuatu sudah punya ukuran dan batasan,
jauh ataupun dekat, lama ataupun sebentar pasti ade pengakhirannya,
setiap sesuatu yang punya permulaan pasti akan ada penghujungnya,
begitu juga dengan pendakian, kaki  bukit menjadi permulaan
dan puncak akan menjadi pengakhiran.itulah sifat dunia tidak abadi........

namun hidup didunia ini ada perjalanan yng tidak pasti.
tidak tahu sejauh mana pendakiannya, tidak tahu selama mana tempoh hidup diperuntukkan
hidup adalah misteri!!begitu juga hati yang punya puncak impian,
kadangkala puncaknya kelihatan senang hendak digapai, kadangkala puncak nya terlalu tinggi
kita yang merancang namun ALLAH yang menetukan, adakalanya tuhan mahukan apa yang tidak menepati dengan kehendak kita..
hidup mesti diteruskan dan kenangan perlu ditinggalkan ,
jangan merungut tetapi rancang lah strategi untuk hari esok,
jika kita membelakangkan matahari, kita hanya melihat byang2 sendiri
pandanglah kedepan, sinaran suria akan menyambut hangat dan mengusir segala kedinginan yang membeku dalam duka semalam.

hidup sering berputar dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas,
gelap juga ada waktu cerahnya dan cerah juga ada waktu mendungnya
perubahan akan berlaku cuma soal waktu yang menjadi persoalan
boleh jadi orang yang di benci akan di sayangi dan orang yang di sayangi akan menjadi musuh abadi,
siapa tahu?? ALLAH saja yang tahu......
orang yang tidak di uji tidak tahu setinggi mana langit di atas nya
orang yang hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam , tambahan pula kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwa dan atmanya,
mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi.
oleh itu apabila tuhan menguji beerti tuhan ingin mengajarkan sesuatu,
bila adanya gelap nilai sebatang lilin amat lah berharga.
renungkan.....

doa..