BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.........

..

..

Thursday, June 19, 2014

PERCIKAN API VS SEMBURAN MINYAK WANGI??

Setiap orang mempunyai potensi diri masing-masing. ada yang menyedari dan ada yang tidak. Ada yang sedar tapi tidak tahu menghalakannya kemana. Ada juga yang tidak tahu dan berterusan mencari apa potensi milik diri. Ada beberapa Faktor yang membantu kita mengenali dan mengembangkan potensi diri kita sendiri. Salah satunya adalah dengan memilih kawan yang baik, boleh memberi pandangan, menasihati dengan jujur serta memberi diri kita kritikan yang membina. Pepatah arab mengatakan :

Jika kita berteman dengan tukang besi, maka terpeciklah kita dengan apinya, jika berteman dengan si penjual minyak wangi maka dapatlah kita percikan wangiannya.

Saya mengenali seorang remaja berumur 17 tahun. Beliau meminati sukan motosikal. Remaja ini dikurniakan Allah satu kelebihan, boleh mengingat dan menghafal dengan cepat. Amat meminati subjek sejarah kerana gemar membaca dan menghafal. Pernah diceritakan pada sy, dulu adik ini pernah beberapa tahun masuk ke sekolah Maahad Tahfiz kerna minatnya. Kemudian berpindah kesekolah aliran biasa. Di sekolah dirinya menjadi tumpuan, diberi jawatan dan dikelilingi ramai kawan. hatinya seronok diraikan oleh rakan2. Bertemu dengan rakan-rakan yang juga meminati sukan permotoran. adik ini menyedari potensi dirinya. Namun begitu ianya terhalang utk berkembang dek kerna kawan-kawan. Terungkap dibibirnya ketika sy dan kawan bersembang dengannya, " Susahlah abg, Bila kita buka Quran nak menghafal, nak baca ada je kawan-kawan yang cakap, "poyo la ko", "nak jadi baik la tu", "nak jadi ustaz ke"...selalunya hasrat adik ni terbatal dek kerna kawannye. Adik ini berpotensi menjadi seorang Hafiz Al quran yang bagus, tapi kerna salah memilih kawan dan suasana yg kurang sesuai, potensinya tak mampu utk dikembangkan.

"Tidak salah berkawan dengan mereka, tapi kita perlu dominan dan kuat di dalam persekitaran itu supaya kita tak tewas dan terikut dengan mereka" jawab kawan saya, memberi semangat kepada adik ini. Jika kita punya kawan yang baik, pastinya potensi diri kita akan didorong dan disokong. inilah sebabnya islam mementingkan dengan siapa kita berkawan. kerna sikap kawan kita akan merubah sikap kita sepertimana yang disebut dalam hadis Baginda :

"Jika ingin melihat akhlak seseorang itu, lihatlah dengan siapa dia berkawan"

kawan itu ibarat benda tajam, kalau tidak berhati-hati berkemungkinan kita akan tercucuk, jika dijaga dan disimpan dengan baik maka banyaklah manfaatnya. Pilihlah kawan yang baik untuk menuju kepada yang lebih baik. Namun Begitu, janganlah dibiarkan kawan-kawan yang lain. kita juga perlu menjadi seorang kawan yg baik kepada orang lain. Kita juga perlu menjadi sipenjual minyak wangi agar orang lain mendapat manfaat dari kita. Tidak rugi memberi kerna kita akan terus menerima diatas pemberian kita. sahabat yang baik bila kita melihatnya, teringatlah kita padaNYA, bila dia bercakap bertambahlah ilmu kita, dengan gerak-gerinya teringatlah kita dengan kematian.

JIKA DI DALAM PENGHIJRAHANMU RAMAI RAKAN YANG MENINGGALKAN KAMU SENDIRIAN, TENANGLAH KERNA KAMU MENUJU SESUATU YANG LEBIH BERMAKNA>>ALLAH RABBUL ALAMIN.





doa..