BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.........

..

..

Sunday, August 24, 2014

BOSAN DENGAN PERANCANGAN SENDIRI

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,
apa khabar para pembaca semua?? masih bermotivasi atau semangat yang pernah ada hampir mati?? masih ada atau tidak lagi sumber-sumber inspirasi?? kalau hampir kering?? jika ya, perlu segera cari lepas baca post ini. hehehe...

InsyaAllah beberapa post selepas ini akan teman fokuskan pada tajuk demi tajuk atau bab demi bab, utk yob yong semua bace, agar terpandulah matlamat teman utk memotivasi yob yong semua. Entri kali ini bertujuan untuk yob yong semua menyedari proses dan perjalanan segala yang telah yob yong rancang. Agar yob yong tak jemu atau bosan dengan perancangan sendiri. biasa atau tidak kita dengar, ramai orang merancang utk mencapai sesuatu tetapi selalunya separuh jalan ataupun terkandas dipertengahan jalan. Tidak kiralah bg yang merancang ingin mencapai cita-cita, mengejar impian, ingin kaya dan membawa hijrah diri banyaknye hilang jalan akhir perancangannya. Ada pepatah kata, Hangat-hangat tahi ayam, merancang separuh kemudian tinggalkan begitu saja. cuba bayang atau fikir-fikirkan pernah ke benda ni jadi pada yob yong semua?? ataupun yob yong semua pernah jumpa dengan orang yang macam ini, cepat jemu dengan perancangan sendiri..

.Hah!! yob ada jumpe dgn perkara macam ini?? Yong pulak pernah jemu dengan perancangan sendiri...isshhhh..biyo beno yob yong oii...takpe-takpe, entri kali ini teman akan kupaskan mengapa perkara ini terjadi.

Pernahkan Yob Yong semua dengar orang cakap, "GAGAL MERANCANG BERMAKNA MERANCANG UNTUK GAGAL". Ya, betul. Mereka yang gagal merancang sebenarnya sedang utk merancang perjalanan menuju kepada kegagalan. Tapi soalnya sekarang kita semua sudahpun merancang, tapi kita mudah berputus asa daripada melaksanakan segalanya yang telah kita rancang. Kenapa ini terjadi?? Apa puncanya??
 Baru-baru ini teman terbaca status kawan teman di facebook. apa yang menarik yang ditulis oleh kawan teman ini adalah. " Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. sy bersetuju dengan itu cuma ada sedikit tambahan TERLALU MERANCANG AKAN MEMBUAT KITA AKAN TERUS MERANCANG DAN MERANCANG". Teman sendiri  merasa macam telah diTAMPO dengan kata-kata ini.

#Ya betul, berapa ramai yang pandai merancang tetapi tidak pandai memulakan langkah pertama. Ini adalah salah satu punca kita jemu dengan perancangan sendiri. Ada orang merancang ingin hijrah diri dan hatinya . tapi tidak punya kekuatan dan tidak tahu bagaimana ingin memulakan. ada orang merancang ingin berniaga tetapi tidak berani dengan risiko dihadapan. ada orang merancang ingin kaya tetapi dengan perancangan yang cepat dan segera. Ada juga yang merancang utk kahwin tapi mula bosan bila terlalu lama merancang. Lalu bagaimana?? apa perlu buat?? jawapannya adalah kita juga perlu merancang bagaiman untuk menggerakkan langkah pertama kita. Ada sebahagian orang punya keyakinan yang tinggi, setelah merancang terus mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat. ada sebahagian orang kurang yakin dirinya, kadang-kadang perlu ditarik, kadang-kadang perlu tolak utk memulakan langkah pertama. Diri kita sendiri juga kadang-kadang perlu utk mengetuk kepala sendiri utk memulakan langkah pertama. Belajar untuk sedar agar kita tidak bosan dengan perancangan sendiri. Setelah siap perancangan utk mengejar apa yang kita impikan...jom buat lagi satu perancangan untuk langkah pertama kita.

Bagaimana merancang langkah pertama?? #tips1 silakan duduk dengan orang yang boleh "mengetuk kepala kita".  Duduk bersama dengan mereka yang akan push kita utk buat apa yang kita rancang. Biasenye orang ini adalah mereka yang bercakap pedas. Mungkin dia akan cakap macam ini dengan kita, " Eleh ko ni poyolah, hari tu cakap nak berubah sgt..tapi tengok sama je, macam tak buat apa-apa je". Tips2, Kumpul kekuatan daripada orang sekeliling. Tidak kira siapa, carilah mereka yang akan sentiasas menyokong jatuh bangun kita. #Tips3 ikuti mereka yang berjaya merancang hidup mereka. belajar sesuatu daripada mereka utk kita berjaya menjadi diri sendiri, jadikanlah cerita hebat mereka sebagai motivasi dan pembakar semangat kepada kita untuk mula langkah pertama. Selalu sebut dalam hati, MEREKA BOLEH BERJAYA KENAPA AKU TAK BOLEH??.

Ha cam mana?? dah ada yang mula nak angkat kaki tu untuk langkah pertama...sabar dulu yob yong...dah malam ini, hope esok pagi bangun dengan semangat dan motivasi baru ye. Ini tips yang pertama teman kongsi utk yong yong semua iaitu "MERANCANG UNTUK LANGKAH PERTAMA" . InsyaAllah akan dikongsikan lagi tips-tips lain. Moh kite tidur ye...

#Motivasi #MuqryTeam #PLFKhairul



Saturday, July 26, 2014

MUNGKINKAH LAGI KAN BERTEMU

Assalamualaikum,

Saat-saat akhir bersama ramadhan, bulan barakah ini akan pergi tanpa satu saat pun dia menanti. Sudah pastinya ramai yang merindui bi'ah serta tarbiyah sepanjang Ramadhan ini. Awal ramadhan kita dan keluarga sudah berpagi pagi utk bersahur. Makan bersama, berkumpul bersama, solat subuh bersama, semuanya kerna bulan barakah ini. Mana yang renggang Allah rapatkan. Tapi Ramadhan bakal pergi..

Universiti tarbiyah ini akan melabuhkan tirainya. Semua para graduasi akan membuat latihan sebenar disepanjang bulan-bulan yang lain, dan akan mempraktikkan apa yang mereka pelajari sepanjang sebulan di ramadhan ini. mana mana graduasi yang mengikuti pelajaran di universiti ini dengan bersungguh-sungguh, segala perkara dibulan lain akan dihadapi dengan baik dan tenang. Malah ada diantara mereka yang dikurniakan oleh Allah anugerah terindah yang di gelar LAILATUL QADR.
Jika mereka yang tidak menerima anugerah ini hendaklah dia berusaha mencarinya pada tahun ynag mendatang.

Teman-teman...
Soalnya...apa mungkin kita dapat bertemu lagi dengan bulan barakah ini. Kita Pasti?? Kita Yakin?? andai ini Ramadhan terakhir?? Bagaimana?? cumasehari lagi ianya bakal berlalu dan pergi. Apa nak buatt??  Sempat tak nak berpatah balik?? Adakah kita soal diri kita...apa yang kita bawa keluar sesuatu dari bulan tarbiyah ini..? Apakah benar ia singgah betul2 di dalam sudut hati kita..?
Atau sekadar singgah dan berlalu pergi tanpa meninggalkan kesan...para sahabat Nabi, saat ramadhan bakal pergi,menangis kerna risau tidak dapat bertemu lagi dengan bulan barakah ini. Menangis kerna rindu tarbiyah di dalam bulan ini??  Menangis kerna risau terlepas semua ganjaran Allah bagi.??


Soalnya teman teman...
Kita bagaimana?? Ramadhan kali ini bawa tak perubahan dalam diri ?? Ramadhan kali dapat tak tambahkan cinta kita pada Ilahi.?? Ramadhan kali ini dapat tak tambahkan cinta kita pada nabi..?? kalau tak terjadi semua ini bagaimana ramadhan dapst memberi erti..? Bagaimana proses tarbiyah nak berlaku dalam diri..?? Tak rasa rugi..?? biarkan ramadhan melangkah utk pergi..?

Ya Allah...  Ramadhan bakal berlalu,
Diri ini masih seperti dulu,
Hati masih kaku, membatu,
Lidah masih terus melulu,
Mata masih memburu perkara tak tentu,

Ya Allah,...
Diri ini malu merayu,
Saat ramadhan bertemu,
Diri ini buat tak tahu,
Bahawa bulan ini penuh rahmat beribu,
Penuh keampunan darimu,
Kini Ia bakal berlalu,
Meninggalkan aku hambaMu,
Berilah kesempatan agar dpat lagi kami bertemu,
Agar ramadhan akan memberi aku sesuatu yang Baru.













Wednesday, July 23, 2014

AKU DAN KITA SEMUA NAK BERUBAH??

teman-teman,
kenapa diri ini susah nak berubah, kenapa diri ini susah nak keluar dan hijrah dari hidup yang sudah. Puas hati memujuk, nafsu ini tidak tunduk.
aku nak berubah...tapi kehidupan lamaku tak ku lepaskan. aku tak keluar dari hiidup ku yg dulu. aku xusaha sungguh2..hingga hati yang dulu bersemangat nak berubah mula luruh. NAFSU mula berkuasa dan berterusan menyuruh.

teman-teman,
aku dan kita semua nak berubah,
aku nak berubah!! tapi aku gelojoh..semua benda aku nak buat dalam satu masa. semua benda aku nak tukar. pakaian aku, percakapan aku, penampilan aku, semua yang dulu nak aku buang. sedang aku terlupa bahawa aku manusia yang terpenjara dengan kehidupan lalu. tidak ada manusia yang baru bangkit dari kesakitan boleh terus berlari dalam kekuatan. pastinya perlukan masa, perlukan hari demi hari untuk sembuh. begitu juga hati ini, dulu hati ini sakit!! tidak dirawat!! apa bisa sembuh dalam sekelip mata?? ianya perlukan masa!! langkah demi langkah!! aku lupa!! aku lupa!!

teman-teman,
aku dan kita semua ingin berubah!!
tapi kita kurang mujahadah. ada harinya kita menangisi kesilapan yang sudah, menadah tangan memohon keampunan Allah, melerai hati dengan taubah. tapi kita tak cukup gagah...hati kita lemah, iman kita selalu kalah, kita ulang semula kesalahan yang sudah-sudah. bila terhantuk kita sedar semula, mohon keampunan Allah. tapi kita tak MUJAHADAH...kita ulang lagi tanpa sedar hati kita makin sakit dan parah!!

teman-teman,
aku dan kita semua ingin berubah!!
kita risau kita hilang kawan. kita risau kita hilang keseronokkan. tapi kalau kita tak berubah dari kehidupan lalu, ada kita risaukan diri dan hati kita?? ada kita risau nama kita tersenarai atau tak dalam syurga?? atau kita nak biar nama kita dalam senarai neraka?? kawan-kawan, sampai bila!! kita nak suka2!! tanda kiamat dah banyak yang menyapa!! sampai bila kita nak suka2, bala Allah bermacam-macam dah melanda!! dah tak ada masa!! dah tak ada masa!! jika kita tinggal sendiri dalam hijrah ini, percaya dan yakin kita sedang menuju sesuatu yang amat baik!! Allah MAHA PENCIPTA. Dialah sumber gembira, Dialah sumber bahagia, Dialah sumber segalanya. ALLAH MAHA ESA.
.: Ayuh Mulakan langkah pertama hijrah :.

doa..


pesan utk remaja