BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.........

..

..

Tuesday, May 29, 2012

Wahai Bakal Da'ie

Wahai bakal Da'ie
Perjalanan dakwah itu bukanlah mudah,
tidak dihiasi permaidani indah,
langkahmu nanti pastikan lelah.

Wahai bakal Da'ie
perjalanan dakwah itu bukanlah mudah,
siapkanlah ilmu secukupnya ke dalam diri,
agar dakwahmu tidak buntu dan gundah.

Wahai bakal Da'ie,
perjalanan dakwah itu bukanlah mudah,
namun janganlah merasa resah,
naikkan semangatmu dengan perjalanan dakwah Rasullullah.

Wahai bakal Da'ie
perjalanan dakwah itu bukanlah mudah,
namun janganlah kau merasa susah,
kerana pastinya pengorbananmu dirahmati Allah.

Wahai bakal Da'ie,
ayuh teruskan perjuangan Rasullullah,
sebar luaskan agama Allah,
dengan gerakan dakwah berjemaah.

Wahai bakal Da'ie,
ayuh terus mengorak langkah,
jangan sesekali merasa lemah,
berdoalah......
agar punya kekuatan untuk menabur dakwah.

*pesan buat diriku dan sahabat kalian.. :)

Saturday, May 26, 2012

DUHAI HATI

Duhai hati tenanglah,
Duhai hati sabarlah,
Kau akan temui,
Apa yang engkau impikan,

Duhai hati tenanglah,
Duhai hati sabarlah,
Jangan kau putus asa,
Dengan nikmat Tuhan yang Esa,

Ayuhlah bangun wahai hati,
Terus gapai impian,
Jangan undur walau sekali,
Teruskan langkah perjalanan,

Biarpun selalu tersungkur, 
Namun semangat tidak pernah luntur,
Bangunlah wahai hati yang luhur,
Membawa Islam terunggul.
\

Wednesday, May 16, 2012

INDAH CERITA TUHAN

merenung ku kedada langit yang terbentang meluas,
bagaikan ada 1001 cerita yang belum ku ketahui,
unggas melayang-layang,bersiul dengan girang sekali,
kerna dirinya bebas terbang menikmati keindahan bumi,
namun tidak pernah berhenti berzikir kepada Ilahi,
Pencipta Alam yang hakiki...Allah Rabbul `alamin,

angin bertiup lembut dan nyaman,
menaikkan suasana yang harmoni dan aman,
menambahkan keseronokkan dan ketenangan,
kepada makhluk ciptaan tuhan,

suria mula turun dari terbitnya,
mewarnai awan dengan sinar jingganya,
menzahirkan lagi suasana senja,
unggas mula terbang pulang kesarang,

ayuh....
hayatilah cerita indah yang tidak bisa dibayang,
yang Allah ciptakan buat hambaNya yang tersayang,
yang sentiasa mengingti yang Maha Penyayang.




doa..