Sunday, November 3, 2013
BUKAN-CINTA-BIASA
Bagaimanakah caranya ingin aku meluah rasa.
Hendak ku jerit aku pasti ianya tak bisa,
kerana ianya tersimpan disudut kecil di dalam jiwa,
benarlah perit sekali memendam rasa.
Ingin sekali ku luahkan segalanya,
agar hilang resah gelisah di jiwa,
agar terpadam gundah dan gulana,
tetapi kenapa aku tak bisa.
aku bimbang aku menjadi peluntur imannya,
aku bimbang aku menjadi perosak ibadahnya,
aku bimbang aku menjadi pengganggu khusuknya,
dan aku juga bimbang jika aku bukan untuknya,
andai punya caranya,
Ingin sekali kusampaikan,
segala cerita di jiwa padanya,
dengan harapan dia juga turut merasa.
CINTA..
kenapa hadirnya tak diduga,
kenapa hadirnya menduga jiwa,
kenapa hadirnya di antara kita,
semuanya aturan Allah yang Esa.
Sejujurnya aku tak bisa,
berterusan memendam rasa,
Ya Allah sampaikan padanya,
Getarkan jiwanya,
seperti mana yang kurasa.
Moga hilang segala resah,
moga terpadam rasa gundah.
TUHAN..
aku pasti kau mengerti,
aku pasti telah kau dengari,
segala rintih dan keluhan hati,
yang aku khabarkan padamu setiap hari,
tunjukkan lah jalan kepada diri,
agar ketenangan ku temui,
__ __ __ __ the yaya.
Posted by KHAIRUL AMIRUL BIN SHAFIEE at 10:33 AM 0 comments
Monday, October 21, 2013
BAGAIMANA MENJAUHI BURUK SANGKA
6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.
(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127)
Posted by KHAIRUL AMIRUL BIN SHAFIEE at 8:02 PM 0 comments
Sunday, October 13, 2013
DUHAI KEKASIH
Posted by KHAIRUL AMIRUL BIN SHAFIEE at 11:27 AM 0 comments




