Wahai bakal Da'ie
Perjalanan dakwah itu bukanlah mudah,
tidak dihiasi permaidani indah,
langkahmu nanti pastikan lelah.
Wahai bakal Da'ie
perjalanan dakwah itu bukanlah mudah,
siapkanlah ilmu secukupnya ke dalam diri,
agar dakwahmu tidak buntu dan gundah.
Wahai bakal Da'ie,
perjalanan dakwah itu bukanlah mudah,
namun janganlah merasa resah,
naikkan semangatmu dengan perjalanan dakwah Rasullullah.
Wahai bakal Da'ie
perjalanan dakwah itu bukanlah mudah,
namun janganlah kau merasa susah,
kerana pastinya pengorbananmu dirahmati Allah.
Wahai bakal Da'ie,
ayuh teruskan perjuangan Rasullullah,
sebar luaskan agama Allah,
dengan gerakan dakwah berjemaah.
Wahai bakal Da'ie,
ayuh terus mengorak langkah,
jangan sesekali merasa lemah,
berdoalah......
agar punya kekuatan untuk menabur dakwah.
Tuesday, May 29, 2012
Wahai Bakal Da'ie
Posted by KHAIRUL AMIRUL BIN SHAFIEE at 7:17 AM 0 comments
Saturday, May 26, 2012
DUHAI HATI
Posted by KHAIRUL AMIRUL BIN SHAFIEE at 11:08 AM 0 comments
Wednesday, May 16, 2012
INDAH CERITA TUHAN
merenung ku kedada langit yang terbentang meluas,
bagaikan ada 1001 cerita yang belum ku ketahui,
unggas melayang-layang,bersiul dengan girang sekali,
kerna dirinya bebas terbang menikmati keindahan bumi,
namun tidak pernah berhenti berzikir kepada Ilahi,
Pencipta Alam yang hakiki...Allah Rabbul `alamin,
angin bertiup lembut dan nyaman,
menaikkan suasana yang harmoni dan aman,
menambahkan keseronokkan dan ketenangan,
kepada makhluk ciptaan tuhan,
suria mula turun dari terbitnya,
mewarnai awan dengan sinar jingganya,
menzahirkan lagi suasana senja,
unggas mula terbang pulang kesarang,
ayuh....
hayatilah cerita indah yang tidak bisa dibayang,
yang Allah ciptakan buat hambaNya yang tersayang,
yang sentiasa mengingti yang Maha Penyayang.
Posted by KHAIRUL AMIRUL BIN SHAFIEE at 8:25 AM 0 comments