BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.........

..

..

Sunday, November 3, 2013

BUKAN-CINTA-BIASA

ENTAH..
Bagaimanakah caranya ingin aku meluah rasa.
Hendak ku jerit aku pasti ianya tak bisa,
kerana ianya tersimpan disudut kecil di dalam jiwa,
benarlah perit sekali memendam rasa.

Ingin sekali ku luahkan segalanya,
agar hilang resah gelisah di jiwa,
agar terpadam gundah dan gulana,
tetapi kenapa aku tak bisa.

aku bimbang aku menjadi peluntur imannya,
aku bimbang aku menjadi perosak ibadahnya,
aku bimbang aku menjadi pengganggu khusuknya,
dan aku juga bimbang jika aku bukan untuknya,

andai punya caranya,
Ingin sekali kusampaikan,
segala cerita di jiwa padanya,
dengan harapan dia juga turut merasa.

CINTA..
kenapa hadirnya tak diduga,
kenapa hadirnya menduga jiwa,
kenapa hadirnya di antara kita,
semuanya aturan Allah yang Esa.

Sejujurnya aku tak bisa,
berterusan memendam rasa,
Ya Allah sampaikan padanya,
Getarkan jiwanya,
seperti mana yang kurasa.
Moga hilang segala resah,
moga  terpadam rasa gundah.

TUHAN..
aku pasti kau mengerti,
aku pasti telah kau dengari,
segala rintih dan keluhan hati,
yang aku khabarkan padamu setiap hari,
tunjukkan lah jalan kepada diri,
agar ketenangan ku temui,


__ __ __ __ the yaya.



Monday, October 21, 2013

BAGAIMANA MENJAUHI BURUK SANGKA

6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:


1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.


2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.


3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.


4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.


5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.


6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.


(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127)

Sunday, October 13, 2013

DUHAI KEKASIH

Damainya,
Lemah Lembut Tutur Bicaramu,
Indah Sungguh Peribadi dan Akhlakmu,
Duhai Kasih, 
Aku Mula Jatuh Cinta Padamu,
Meskipun Tidak Pernah Kita Bertemu,
Wajahmu Tidak Pernah Ku Tahu,
Namu Hati Ini Berterusan Merasa Rindu.

Kekasihku,
Titisnya Air Mataku,
Bila Rindu Padamu Bertamu,
Sudilah Kiranya Dikau Bertemu denganku,
Terimalahku Sebagai Umatmu.

Ya Rasullullah,
Perjuanganmu Menjadi Ingatan Seluruh Qalbu,
Pengorbananmu Seringkali Membuat Hati Menjadi Luluh,
Kisahmu Menjadi Tauladan dan Ikutan,
Kemuliaanmu Berterusan Menjadi Pujian,
Pemergianmu Dipenuhi Tangisan dan Rintihan,

Ya Habiballah,
Alangkah Indahnya Andai Dapat Bertemu,
Alangkah Indahnya Dapatku Tatap Wajahmu,
Alangkah Indahnya Andai Dapat Kudakap Tubuhmu,
Moga Mengalirlah Keberkatan dalam Tubuhku,

Wahai Purnama,
Sudilah Kiranya Dikau Menerimaku Sebagai UmatMu,
Kurniakanlah Kelak Padaku Syafaat dan Rahmatmu,
Himpunkanlah Aku Bersama Di dalam Majlismu,
Kelak, Tempatkanlah Aku bersamaMu,
YA RASULLALLAH,,,

Tuesday, July 30, 2013

JOM PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH.

 ASSALAMUALAIKUM..

Hai kengkawan.....
lame sangat rasenye x update blog nie...kalau ade pon sumenye teman copy dr blog orang..supaya blog teman nie xsunyi dari ilmu dan tarbiah utk teman dan kawan2 gak... ALHAMDULILLAH...teman nak ajak kawan2 semua utk panjatkan rasa syukur pada ALLAH kerana hari ini masih lg diberi kesempatan utk kita masuk kedalam ramadhan yang ke 22... Sedar x sedar..kita semua dah masuk pun ke dalam fasa yang terakhir..yang mana dalam fasa ini banyak ganjaran lebih yang disediakan utk hamba Allah yang bertaqwa.
berdasar hadith Nabi yang bermaksud“Awalnya adalah kerahmatan, pertengahannya ialah keampunan dan penghujungnya ialah pembebasan dari api neraka ”.    


Pada 10 malam terakhir ini juga ALLAH telah kurniakan 1 malam yang mana menyerupai 1000 bulan...hanya mereka yang ALLAH pilih sahaja dan bertuah untuk bertemu dengan apa yang ALLAH kurniakan ini...tapi jangan risau..pada mereka yang beribadat pada malam ini sudah pastinya mendapat ganjaran yang besar daripada ALLAH SWT.. terutamanya keampunan ALLAH meskipun mereka tidak nampak tanda2 lailatulqadar sepertimana orang2 yang ALLAH pilih.   10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Tapi sahabat2... apa yang teman nak fokus kan disini..menjelang 22 ramadhan ini, agak2nya apa perubahan yang telah kita bawak ke dalam diri kita...ramadhan makin hampir meninggalkan kita..tapi adakah diri kita masih lagi sama seperti ramadhan yang lalu? ataupun adakah mahmuzah yang ada dalam tubuh juga akan pergi sepertimana ramadhan akan meninggalkan kita.?? jadi teman2..kalau dalam fasa terakhir ini belum nampak lagi perubahan dalam diri...ayuh, kita paksa diri kita utk berubah..rebut peluang yang ALLAH ganjarkan pada kita..setahun hanya sekali, bulan barakah ini akan pergi..ramadhan dan lailatulqadar, adakah sempat bertemu lagi. takut2 nanti xberkesempatan bertemu lagi dengan ramadhan.


teman nak memetik kata2 dari sajak yang dinukilkan oleh seorang ilmuan yang bernama al-Busiri. " nafsu itu umpama bayi yang menyusu, kalau dibiarkan, bayi itu akan menyusu sehingga dewasa, namun tetapi jika dipaksa ianya akan tertanggal dari susuan" 
 jadi apa yang teman paham dari syair ini, nafsu dalam tubuh kita harus dipaksa, jika dibiarkan ianya akan membesar tanpa kita sedari..itulah sebabnya kita mudah marah..rasa malas..dan lain2 lagi.

macam mana agaknya kita nak paksa diri kita??mampukah?? jom teman nak cerita kat mike semua macam mana kuatnya ulama dan ilmuan terdahulu memaksa diri mereka utk dekat kepada ALLAH...dikisahkan tentang Imam Al Junaid, yang mana ketika dia nazak, dia makin dekat dengan ALLAH, makin banyak berzikir..makin banyak membaca AlQuran, makin banyak beribadat dan sebagainya. ada yang menyatakan kebimbangan ke atas Imam Al Junaid " janganlah memaksa diri kamu, ALLAH tahu kamu tidak mampu " namun apa yang Imam Al Junayd Jawab " dalam saat begini(saat-saat akhir hidupnya)siapalah yang lebih mementingkan ibadatnya berbanding aku, kerana sebentar lagi buku amalan aku akan ditutup oleh ALLAH". Dihujung hayatnya imam aljunayd memaksa tubuhnya utk membuat persiapan sebelum bertemu dengan ALLAH RABBULJALIL dengan banyak beribadat kepada ALLAH...jadi kita yang masih berkesempatan...jangan tunggu saat akhir baru nak paksa diri..bermulalah dari sekarang..sedikit pun tidak merugikan...ulama-ulama terdahulu memaksa diri dengan tidur di atas pelepah-pelepah tamar dan sebagainya, supaya mereka kurang tidur dan banyak masa mereka bersama islam. nafsu memang tidak gemarkan keletihan..ianya lebih suka dengan istirehat. jadi bagi tidak memupuk nafsu...janganlah banyak bersenang2...

memang benar apa yang disabdakan oleh nabi, hadis ini diriwayatkan oleh abu hurairah, apa kata nabi?? "jalan menuju kesyurga itu, akan dipenuhi dengan kepayahan,kesusahan, akan tetapi jalan ke neraka itu akan dikelilingi dengan syahwat(keseronokkan dan bersenang-senang."   sebab Apa nak kesyurga itu susah?? sbb syurga itu indah..hanya mereka yang mampu melawan nafsu dan menahan ujian ALLAH sahaja layak kesyurga...AYUH kawan2..kita bawak perubahan dalam diri...bermula hari ini..moga bertemu dengan LAILATULQADAR..moga kita semua adalah hamba ALLAH yang terpilih.

(teman udah ade kat perak...nak ghaye...tukar dilek perak..hehehe..) 


Monday, July 22, 2013

Ramadan antara ibadah dan adat

Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baruyang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil  tempat. Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.   Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja. 


Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adat semasa ialah:   


* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan  minumannya. (riwayat Al-Bukhari) 


* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa. 


* Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27) 


* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud  hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi) 

 * Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam dan sebagainya. 

* Terdorong untuk bersolat tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat tarawih pada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis inidaripada berleluasa seperti tahun-tahun terdahulu. * Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat  berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain. 


* Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa  dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1,000  orang. 


* Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaanpada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan  mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril   a.s. 


* Malas berdoa sedangkan doa orang yang puasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah).   


* Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya. 


* Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadan yang akan datang. 


* Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun:  99-100) 


* Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan  pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa  berkat. (Rujuk-   http://youtube.com/watch?v=RgT-_Uf62rk


* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antar seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat  Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah. 


* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat. 



Ini adalah di antara beberapa kesalahan yang biasa  dilakukan oleh umat Islam semasa menjalankan ibadat puasa yang telah merendahkan martabat bulan Ramadan. Oleh itu, kita perlu menghindarkan perkara-perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda di bulan ini. Ini berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (riwayat al-Bukhari)








Wednesday, July 10, 2013







3R (Remaja Raikan Ramadhan)

Buat teman-teman yang mempunyai adik,anak,anak saudara,sepupu,saudara-mara atau sesiapa sahaja yang berumur 8 hingga 17 tahun(perempuan dan lelaki),dijemput untuk mendaftar sebagai peserta 3R.Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk mengisi masa di bulan Ramadhan.Pasti tidak akan rugi.

Juga adik-adik peserta berpeluang untuk bertemu dengan Fadzli Unic sebagai motivator jemputan.

Sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran, boleh hubungi nombor yang tertera pada poster.

Ayuh beramai-ramai!
Pasti seronok!




doa..


pesan utk remaja