BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.........

..

..

Friday, December 2, 2011

KULIAH REMAJA DI MASJID TAMAN INTAN SUNGAI PETANI>>..

Bismillah....
assalamualaikum....

                            Dalam sedar x sedar.....cuti semester aku tuk kali nie sudah pun menutup tirai..ckup la sebulan aku dirumah bersama dengan family.....seterusnya aku kena pulang ke rantauan untuk meneruskan perjuangan dan pencarian ilmu...moga Allah permudahkan segala urusan aku...ape2 pn...jom tengok-tengok gambar program kuliah remaja yang aku join mase cuti nie....thanks kat kawan aku yang offer aku utk same2 menjayakan kan program...timekasih banyak utk sahabat baik aku hafizuddin...yang turut serta bersama aku untuk menjayakan program kuliah remaja di sungai petani kedah..n yang terakhir....syukran wat ustaz osman yang cukup baik melayan aku dan hafiz sebagai tetamunya...harap beliau berpuas hati dengan kerjja kami... :)
saat tiba di masjid taman intan sungai petani kedah


ustaz osman memulakan dengan umul kitab dan zikir munajat sebelum menjemput aku dan hafiz untuk memulakan program





LDK yang pertama...perempuan yang berpakaian semua hitam tu la yang jemput aku ke program nie....


aku sedang memperkenalkan diri...hafiz sedang menanti gilirannya..


salah satu modul

pengalaman yang baru...mengendalikan peserta seramai 205 org..berdua shaja dengan sahabatku hafiz



salah satu modul kesedaran utk remaja

aku x ingat mase nie ak tgh wat pe 2...mcam berkawat pn ade...

aku sedang menerangkan salah satu modul yang dibawa dalam progrm nie..





salah satu modul kesedaran

salah satu modul kesedaran


adik2 rehat.....

2 org yang berdiri adalah dari pihak pengurusan...

hafiz sedang memberi arahan untuk modul...aku pun xtaw nape ak tunjuk2 tu..

modul terakhir....muhasabah diri...agar kita sentiasa syukur dengan nikmat Allah.

menitis air mata kesedaran..moga2 ape yang kami sampai kan terkesan pada adik2 semua

sedang membawa jiwa adik2 kepada kesedaran dan keinsafan...

mutiara keinsafan berguguran..

terkenang kembali dosa2 silam...

penjelasan modul


terus menyentuh hati dan perasaan adik2..

sebelum muhasabah diri.....berseronok bersama adik2 sebelum meninggal kan sungai petani




                              itulah diantara gambar2 yang boleh aku muat naik... :) pape pn pengalaman yang amat berharga..mudah2an adik2 terus bersemangat untuk menjulang islam...sepertimana adik2 bersemangat melaungan kata2 jihad ketika bersama2 kami.. :) aku harap ini adalah salah satu jalan untuk aku dan sahabat aku mencapai cita2 sebagai seorang motivator.....Ya Allah kau perkenankan lah.... :) wassalam......



Monday, September 5, 2011

kamera sony NEX5








































PERCUBAAN PERTAMA....

Thursday, September 1, 2011

SIFAT YANG PERLU ADA PADA LELAKI


Sifat-sifat yang perlu ada pada diri individu muslim sejati ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie.

 

Monday, August 8, 2011

bila lelaki benar2 mencintai wanita....??

Tanda LELAKI benar-benar jatuh cinta...!!     ” female n male.. zaman skang boy lagi manja dari gurl “   Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.(wow..dasyat!!)     Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:   1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.   2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.   3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.   4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.   5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.   6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.   7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.   8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.   9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.   10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.   11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.   12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.   13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.   14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.   15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.   16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.   17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.   18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.   19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.   20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.   21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.   22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.   23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.HARGAILAH MEREKA   Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…         DAN LELAKI YANG SUKA AMBIL KESEMPATAN ADALAH BUKAN JENIS YANG BENAR-BENAR MENCINTAI ANDA...!!!       Lelaki yang mencintai pasangannya akan menghargai kekasihnya sehingga hendak bersentuhan pun rasa terlalu sayang kerana dia tahu setelah kekasihnya itu berkahwin dengannya, maka itu baru menjadi milik mutlaknya.... itu baru dinamakan BENAR-BENAR sayang dan cinta...

doa..


pesan utk remaja