BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.........

..

..

Tuesday, December 28, 2010

perbincangan hati dan akal..

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?  
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?      
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Mana Satu Pilihan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mana Satu Pilihan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
- Artikel iluvislam.com

Monday, December 27, 2010

cinta agungmu..

hati aku sering kali mengungkap...aku cinta dan rindu padanya........tp ape benar ungkpan 2..kerna seringkali aku melayari hidup nie dgn semua khndak nafsu ku...dan hanyut dengan nikmat dunia yg smentara.......aku jauh meninggalkan ape khendak mu....ya allah...dekat kan aku dengan mu...kerana diri ku ini alpa dgn keindahan dunia....sibuk dgn cinta manusia...seronok dgn dunia yng fana...lupe akan neraka yag sentiasa menjilat dan membakar,...namun ENGKAU YaAllah...xpernah berhenti mencintai ku...terus meenerus menabur nikmat dan rahmat mu....menutup segaala aib dan keesalaahan ku...namun aku terus menerus langkah jauh mkeninggalkan mu...sedangkan hyatmu ku pinjam...udara mu ke hela....tp msih lg aku mnyedari..cinta ku bkan pd dunia..hanya pda mu yg esa....

Arsenal Is Gunners: Dakwah Y macm Mana kah KIta????

Dakwah Y macm Mana kah KIta????


Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak.Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.

yang cepat mengalah,yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain.yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosongyang hanya tahu membandingkan jamaah itu dengan jamaah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi.Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.


"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~



diambil dari:

ape benar dia milik ku..seorang akhwat yang selalu di dalam doa ku

Inilah goresan pena dari sang ikhwan (ana) yang mendambakan akhwat sholehah, yang boleh bersama untuk mencintai Mu Ya Robbi dan mencintai Muhammad Shalallahu'alaihi wassalam.
Yaa ... ... Rabbi ... ... ..Aku berdoa untuk seorang akhwat yang akan menjadi sebahagian dari hidupkuSeseorang yang sangat mencintaiMu lebih dari segala sesuatuSeorang yang akan meletakkanku pada posisi di hatinya setelah Engkau dan Muhammad shallahu'alaihiwasalamSeseorang yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk-Mu dan orang lain
Wajah, fisik, status atau harta tidaklah pentingYang terpenting adalah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan EngkauDan berusaha menjadikan sifat-sifat baikmu ada pada peribadinyaDan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidupSehingga hidupnya tidak sia-sia
Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdasSeseorang yang tidak hanya mencintaiku, tapi juga menghormatikuSeorang yang tidak hanya memujaku, tetapi juga boleh menasehatikuSeseorang yang mencintaiku bukan kerana fisikku, hartaku atau statusku tapi karena Engkau
Seorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasiSeseorang yang membuatku merasa sebagai lelaki shalehah ketika aku berada di sisinyaSeseorang yang boleh menjadi pembantu sang nahkoda kapalSeseorang yang boleh menjadi penuntun kenakalan balita yang nakalSeseorang yang boleh menjadi penawar bisaSeseorang yang sabar mengingatkan saat diriku lancang
Ya .. Rabbi ... ...Aku tak meminta seseorang yang sempurnaHingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMuSeseorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnyaSeorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannyaSeseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannyaSeseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya lebih hidup
Aku tidak mengharap dia semulia Fatimah Radhiyallahuanha, tidak setaqwa Aisyah Radhiyallahuanha, Pun tidak secantik Zainab Radhiyallahuanha, apalagi sekaya Khodijah Radhiyallahuanha.Aku hanya mengharap seorang akhwat akhir zaman,Yang punya cita-cita mengikuti jejak mereka,Membangun keturunan yang soleh,Membangun peradaban,dan membuat Rasulullah shallahu'alaihiwasalam bangga di akhirat
Kerana aku sedar aku bukanlahorang yang semulia abu baker Radhiyallahu,Atau setaqwa Umar Radhiyallahu, pun setabah Ustman radhiyallahu,Ataupun sekaya Abdurrahman bin auf Radhiyallahu, setegar zaid RadhiyallahuJuga segagah Ali Radhiyallahu, apalagi setampan Usamah Radhiyallahu.Aku hanyalah seorang lelaki akhir zamanyang punya cita - cinta
Ya ... .. Rabbii ... ....Aku juga meminta, Jadikanlah ia sandaran bagikuBuatlah aku menjadi ikhwan yang dapat membuatnya banggaBerikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sepenuh jiwaku
Berikanlah sifat yang lembut, sehingga auraku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku mampu berdoa untuknyaBerikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak kebaikan dalam dirinyaBerikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,Mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat
kokohnya benteng tidak boleh dibina dalam semalam, namun bisa hancur dalam sedetikKota Baghdad tak dibangun dalam sehari, namun bisa hancur dalam sekejap
Perkahwinan tak dirajut dalam pertimbangan sesaat, namun bisa saja terberai dalam sesaatPernikahan, bukanlah akhir dari sebuah perjalananTapi awal sebuah langkahOleh itu, jadikanlah kelak perkahwinan kami sebagai titianUntuk belajar kesabaran & ridho-Mu, ya Rabbi
Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:"Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yangdapat membuat hidupku menjadi sempurna ".
Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepatDan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan ....
Astaghfirullah, Wallahu'alam bisshowab
Dari ikhwan yang memerlukan keampunan Allah azzawajalla, dan mengharapkan doaku dikabulkannya untuk mendapatkan isteri yang solehah.

Friday, December 24, 2010

jadikan dia milikku.....

hari ini aku mendengar suara dan melihat wajah nya...sayu menyusup masuk keseluruh kalbu ku...airmata ingin bertaburan namun ego menahan dan ku membalas dengan senyuman,....kesabaran menjadi pendinding apabila melihat insan yang pernah di sayangi, hari ini menjadi milik orang lain..hanya senyuman pengubat luka..teman dan kawan pengilap hiba...bila malam kesunyian ku terasa begitu pilu,,..bintang menjadi kawan...bulan menjadi teman....hari makin hari berlalu....kenangan yang tercipta antara aku dan die x mmpu ku pdam...malah makin kuat terpahaat dn membeku di hati ku......hati perit tidak terkata.. apabila berhadapan namun tiada sebutir kata yang terungkap..hanya sandiwara semata2..senyuman menjadi penutup kehibaan...ketawa menjadi pembela kesedihan...namun aty menangis dan merintih tanpa siapa yg tahu.....teresak2 di hati menahan kesedihan...terungkap sebaris kata "mengapa semua ini berlaku diantara kita....sedang kan aku skit pun xpernah mempermainkan mu..ku ketepikan keegoaan....x ku peduli segala kpeentingan....." namun semua sia2....xdapat di dengar oleh sidia ape ungkapan hati ini.......malam kembali tiba...sejak tragedi itu hidup ku sunyi tanpa mu...hidup ku kosong...hnya tggal semua kenangan dulu....kini sayu memeluk tubuh ku....angin lembut meniup bagai mengusap lembut pipi ku..menambahkan lagi suasana sayu....terdengar dan terimbas semua kata2 mu...satu persatu bermain di fikiran ku....mmbuat kan ku x menentu.....lantas ku bangun dan menghamparkan hamparan untuk menghadap mu....ku cuba mencapai kesempurnaan wudhuk untuk ku merasa nikmta khusyukmu....takbir diangkat..laungan Allah maha besar di ungkapkan seiring dengan kesepaduan hati yg lemah...jiwa yang gundah...ku rasa kan gegaran hati,...membuat kan ku mersas diri ini benar2 lemah dan hina dihadapan mu ya Allah...lantas berjujuran mutiara putih yang kluar di sebalik kelopak mata mu.....sehinnga ke akhir soalt sunat yg ku lakukan airmta ini tidak berhenti2..sesudah itu...aku mengangkat tangan dan tunduk menandakan aku seorang hamba yang benar2 lemah dan sentiassa memerlukan pertolongan mu... " YA ALLAH kau kuat kan lah semnagat ku...kau tabahkan lah hati ku untuk menghadapi ujian mu..ya allah andai benar die tercipta untuk ku...kau getar kan gati nya sperti mana bergetar nya htiku...ya allah andai benar die bkan tercipta untukku...maka kau jauhkan lah hati ku dan hati nya...tp jagn kau campak kan kebencian dalam aty ku pda dirinya....ya allah jadikannya milikku.. "

Monday, December 20, 2010

mnecuba sesuatu yng baru....

salam....
hari nie aku mula untuk menjejak kan langkah ku ke blog spot.....mungkin ade sesuatu yg dapat aku kongsi dan aku sampaikan untuk sume.........mungkin juga temppat inilah tempat aku meluah ape khendak dijiwa...gelisah dan resah yng kurasa..mungkin ade yg gembiira...mungkin adder cite yg duka...harap sumee nye dapat berkongsi bersama dengaan aku....dan juga mnegur ape yg slah pda diriku....

doa..


pesan utk remaja